Kerjaya Liyana Fizi

Estrella

Rencana utama: Estrella

Beliau merupakan salah seorang ahli kumpulan jaz Malaysia, Estrella sewaktu penubuhannya pada 2006, yang mana beliau merupakan vokalis utamanya merangkap pemain gitar bersama-sama dengan Jeffrey Little (dram, perkusi), Ariff Zahidee (bes) dan Shamsul Idzhar (gitar). Album studio pertama kumpulan ini, menggunakan nama kumpulan ini sebagai judul album, dikeluarkan pada 28 Disember 2007 di bawah syarikat rakaman Laguna Records (kini Laguna Music). Lagu "Stay", "Ternyata" dan "Take It Slow" telah dikeluarkan sebagai single untuk album ini dan seterusnya muzik video untuk ketiga-tiga lagu tersebut diterbitkan.

Perubahan dalaman Estrella dibuat oleh syarikat rakaman mereka Laguna Music mendorong Liyana untuk meninggalkan kumpulan itu selepas tamat kontrak antara band dan label mereka. Sejak itu, beliau mula mengadakan persembahan solo di samping sesionis band tetap.[8]

Kerjaya solo

Liyana pada 2010

Selepas Estrella dibubarkan pada 2010, Liyana mengambil keputusan untuk meneruskan kerjaya muziknya secara solo dan menubuhkan syarikat pengurusannya sendiri, Liyana Fizi Music Publishing pada awal 2011, pada September tahun sama, album solo pertamanya, Between the Lines telah dilancarkan dengan lagu "Light Writing" sebagai single pertama.[9]

Beliau tampil bersama kumpulan Kyoto Protocol menerusi lagu bertajuk "Jelita" yang dikeluarkan pada 2012.[10]

Penampilan lain

Liyana berlakon dalam filem komedi muzikal Kami Histeria (2014) arahan Shamyl Othman sebagai pelakon undangan.[11]

Rujukan

WikiPedia: Liyana Fizi http://www.budiey.com/profile-liyana-fizi/ http://www.hafidzlife.com/2012/02/06/album-review-... http://liyanafizi.com/ http://ohbulan.com/foto-bekas-vokalis-estrella-liy... http://www.soundscape-records.com/?p=752 http://www.thenutgraph.com/all-very-rojak-liyana/ http://ww1.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&d... http://www.mstar.com.my/hiburan/wayang/2014/02/14/... http://rage.com.my/get-personal-with-liyana-fizi/ http://www.thestar.com.my/opinion/online-exclusive...